JPJ buka bidaan nombor plat siri ‘BRA’ Rabu ini

0
2

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor membuka bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri ‘BRA’ kepada umum bermula Rabu ini.

Perkara itu dimaklumkan JPJ Selangor menerusi poster notis awam di Facebook rasminya, memaklumkan tempoh bidaan berlangsung lima hari sehingga 3 Julai.

Bidaan nombor pendaftaran ‘BRA’ itu akan ditutup jam 10 malam pada 3 Julai dan akan diumumkan pada 4 Julai.

Pemilik kenderaaan yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan boleh melayari laman web https//jpjebid.jpj.gov.my atau menghubungi talian 03-55669555.

Terdahulu, hantaran poster bidaan siri ‘BRA’ menarik perhatian dan perdebatan hangat di kalangan warga netizen.

Ini kerana bidaan siri ‘BRA’ dengan gabungan bunyi tiga huruf itu dikatakan berbaur seksis iaitu pakaian dalam wanita.

Malah, ada menjangkakan jualannya tidak akan mendapat sambutan ramai kerana unsur berkenaan, selain menyifatkan ia hanya sesuai untuk pemilik kenderaan wanita.

Sebelum ini, JPJ memaklumkan bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri ‘BRA’ akan diteruskan walaupun ia berbaur seksis.

Menurut JPJ, setakat ini, tidak ada sekatan terhadap penggunaan siri plat pendaftaran kenderaan darat dengan huruf tertentu.

Plat B mula diperkenalkan oleh JPJ pada 1971 bagi menggantikan siri huruf SL yang diwujudkan penjajah British sebagai negeri yang pertama menggunakan format baharu itu sejak 1948. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here