Penyelewengan, penyeludupan punca kerajaan mansuh subsidi minyak masak berbotol

0
2

SUBSIDI minyak masak paket 1kg masih kekal dan tidak dimansuhkan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan, berlaku kekeliruan kononnya kerajaan menarik balik subsidi minyak masak kategori itu.

“Kerajaan masih kekalkan subsidi minyak masak dengan jumlah RM4 bilion pada tahun 2022.

“Jadi minyak masak paket 1kg masih kekal RM2.50 sekilogram,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju memansuhkan subsidi minyak masak berbotol mulai 1 Julai ini bagi membanteras aktiviti penyelewengan subsidi pihak tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan mendapati minyak masak berbotol yang disubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan membuat keputusan mulai 1 Julai 2022 untuk tidak lagi menyambung subsidi untuk minyak masak berbotol kerana objektif awal program ini adalah untuk membantu golongan terkesan pandemik.

“Untuk itu, subsidi minyak masak kampit sahaja yang akan diteruskan dan Kerajaan yakin subsidi sebanyak 60 ribu tan metrik sebulan adalah mencukupi untuk kegunaan Keluarga Malaysia,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here