Zamani perlukan sumbangan dana rawat tulang belakang

0
3

KEADAAN kesihatan penyanyi Zamani Slam semakin merosot dan perlu menjalani pembedahan Skoliosis dengan segera.

Zamani berkata, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu bakal menjalani pembedahan tulang belakang di hospital swasta di ibu negara dan masih menunggu tarikh temu janji daripada pihak hospital dalam masa terdekat ini.

“Mengenai kesihatan saya yang terbaru agak kurang baik buat masa ini, cuma saya masih lagi keluar bekerja.

“Selagi mampu untuk bekerja dan saya akan lakukan walaupun keadaan diri sekarang ini hampir 24 jam sakit.

“Perut saya, belakang badan memang sentiasa sakit tapi saya hanya mengambil ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain yang doktor beri.

“Mungkin kalau tidak ada aral melintang, saya akan jalani satu pembedahan dan sampai waktu untuk saya lakukannya,” katanya dipetik mStar. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here