Pengusaha kantin sekolah nikmati lanjutan pengecualian sewa

0
2

PENGUSAHA kantin dan penyewa premis di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus menikmati pengecualian sewa sehingga 31 Disember ini.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pelanjutan yang bermula 1 Julai ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa akibat kesan pandemik Covid-19.

“Tempoh dua tahun lalu adalah satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM.

“KPM membuat keputusan bahawa pengecualian sewa bagi premis KPM dilanjutkan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2022,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di laman Facebooknya.

Dr Radzi berkata, KPM memahami pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan susulan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu beliau yakin lanjutan selama enam bulan lagi itu akan dapat membantu dan dimanfaatkan mereka, termasuk oleh warga sekolah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here