Agong jalani rawatan di hospital alami masalah di bahagian kaki

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur berikutan mengalami masalah di bahagian kaki.

Berita tersebut disahkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Paduka Baginda kini sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar di hospital itu.

“Bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Sehubungan itu, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program-program yang terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak,” kata kenyataan itu.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here