Bapa Adibah Noor tidak tahu anak hidap kanser

0
2

BAPA kepada Allahyarham penyanyi Adibah Noor memaklumkan tidak mengetahui sama sekali anaknya menghidap penyakit kanser ovari tahap empat.

Mohd Omar Zainal Abidin, 89, memberitahu pemberita selepas jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Selangor pagi tadi.

“Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga.

“Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okay, semuanya okay.

“Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Omar berkata, Allahyarham juga bukan jenis yang gemar berkongsi masalah biarpun dengan ahli keluarga sendiri kerana tidak mahu menyusahkan.

“Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.

“Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang,” katanya.

Allahyarham Adibah atau nama sebenar, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, semalam dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, pada jam 7.30 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here