Perlu tindakan tuntas, pantas tangani isu UKSB, Bestinet – Anwar

0
2

ISU membabitkan dua syarikat iaitu Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet yang sedang hangat diperkatakan mutakhir ini, perlu tindakan yang tuntas dan pantas, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), turut menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan penuh terhadap dua syarikat itu susulan terkait urusan mencurigakan.

Menurutnya, isu berkenaan timbul selepas agensi buruh di Dhaka, Bangladesh, menuduh pengasas Bestinet, Mohd Amin Abdul Nor, mempengaruhi kerajaan untuk hanya menghadkan bilangan agensi membekalkan buruh kepada 25 syarikat sahaja.

“Perkara ini ternyata terus menggugat kepercayaan dan menanam curiga di kalangan rakyat terhadap kerajaan dalam mengurus isu-isu penyelewengan dan kepincangan.

“Isu sebesar ini semestinya menuntut tindakan yang tuntas dan pantas, terutamanya dari perdana menteri kerana ia melibatkan nama menteri dan mantan menteri yang berkaitan, dari PM dan juga menteri sumber manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, tindakan perlu segera diambil kerana ia turut melibatkan imej dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa serta tekad dan iltizam negara dalam menghentikan kebobrokan.

“Pernah saya suarakan di Parlimen sebagai perhambaan moden di mana pekerja diperas sementara pedagang dan agen bertindak sebagai penindas yang mengaut keuntungan besar.

“Saya menuntut siasatan penuh SPRM terhadap dua syarikat tersebut terkait urusan mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here