Aksi tepuk punggung, Kak KM mohon maaf

0
3

USAHAWAN sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengakui akan lebih berhati-hati membuat perkongsian di media sosial setelah video aksi ‘tepuk punggung’ mendapat reaksi banyak pihak.

Kak KM berkata, dia tidak mengetahui jika video-video yang dihasilkannya sebelum ini adalah salah.

“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu. Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” katanya memetik laporan mStar.

Sementara itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu memberitahu sudah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Rabu lalu.

Katanya, dia memberi keterangan selama lebih kurang tiga jam dan dia memberikan kerjasama yang baik.

“Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

“Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut. Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya.

Terdahulu, Kak KM sekali lagi mendapat kecaman netizen selepas memuat naik aksi menepuk punggung beberapa individu popular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Kak KM menunjukkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, pelakon, Ifa Raziah dan penyanyi Cheta Pot Pet memaparkan belakang masing-masing, kemudian pengasas produk itu menepuk punggung kononnya bagi mempromosi satu program yang akan diadakan 24 Jun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here