KES positif Covid-19 di seluruh negara merekodkan penurunan semalam, namun kekal melebihi paras 2,000.
Semalam, sebanyak 2,033 kes baharu direkodkan berbanding 2,320 kes, kelmarin.
Sebanyak 1,501 daripada jumlah itu melibatkan kes individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (354 kes); individu tidak divaksinasi (163 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (15 kes).
Berdasarkan portal COVIDNOW perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini mencecah 4,534,665, dengan 4,474,358 pesakit sembuh, termasuk 1,337 yang pulih semalam.
Setakat ini dilaporkan 24,577 kes masih aktif, meningkat berbanding sebanyak 23,886 kes, kelmarin.
Daripada jumlah itu, 23,573 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, 13 ditempatkan di PKRC, 959 dirawat di hospital dan 32 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM juga turut memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, termasuk tiga kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah kematian semalam menjadikan pesakit Covid-19 di Malaysia yang meninggal dunia sejak 2020 seramai 35,730 kes, termasuk 7,579 kes BID -Malaysiapost

