KPDNHEP Selangor lupus barang rampasan bernilai lebih RM300,000

0
2

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melupuskan pelbagai barangan rampasan dalam program Pelupusan Ekshibit Perdana di Shah Alam, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Mohd Khairi Jamaludin, berkata barangan rampasan yang dilupuskan membabitkan 27 kes bermula 27 Januari hingga Jun 2022 dengan nilai keseluruhan pelupusan kes adalah RM324,039.

“Kesemua barangan yang dilupuskan adalah kes rampasan barangan yang membabitkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961; Akta Perihal Dagangan 2011; Akta Hak Cipta 1987; Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Cap Dagang 2019.

“Kesemua kes sudah selesai menjalani proses mahkamah dan mendapat kebenaran untuk dilupuskan dengan Perintah mahkamah stay Pengawal Akta yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara barangan yang dilupuskan adalah barangan tiruan seperti cermin mata, telefon bimbit, kasut, selipar, sarung kaki, baju, aksesori telefon bimbit, beg tangan, tudung dan lain-lain.

“KPDNHEP Selangor menegaskan kepada mana-mana peniaga untuk mematuhi peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan di bawah KPDNHEP.

“Sebarang perlakuan yang melanggar mana-mana peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan, KPDNHEP tidak akan berkompromi dan boleh mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here