Hala tuju Umno akan dibincang dalam MT – Ahmad Zahid

0
3

HALA tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincang dalam Biro Politik Umno dan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.

“Kita sedang melakukan post mortem menyeluruh, pimpinan parti boleh beri pandangan,” katanya menerusi Twitter.

Ahmad Zahid berkata, demikian bagi memberi respon kenyataan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menggesa beliau menjelaskan pedoman dan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya.

Mohamad berkata, konsensus politik yang tegas harus dihasilkan untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam PRN Sabah. -Malaysiapost