‘Jangan manipulasi golongan B40 untuk elak PRU15 segera’ – Zahid

0
2

TINDAKAN pihak tertentu cuba memanipulasi golongan B40 dalam percaturan politik kerana khuatir berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sangat tidak wajar.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PRU15 bertujuan untuk memulangkan hak dan mandat kepada rakyat termasuk golongan B40 dalam mengembalikan kestabilan politik.

“Kestabilan politik amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat yang sedang berusaha bangkit daripada impak pandemik,” katanya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, istilah dan takrifan kelas pendapatan isi rumah di Malaysia B40 dan M40 mula diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, B40 ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, manakala M40 dikategorikan golongan isi rumah berpendapatan pertengahan.

“Pengkelasan ini yang membolehkan kerajaan merancang dan merangka dasar serta program secara ‘efficient’ dan ‘accurate’ untuk rakyat.

“Bagaimanapun definisi B40 dan M40 tidak ‘rigid’ sebaliknya akan diperincikan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan semasa,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, mereka yang menuduh pimpinan BN tidak peduli nasib golongan B40 hanya kerana mengusulkan PRU-15 diadakan, sebagai tidak benar.

“Sedangkan sudah terbukti pendekatan BN yang benar-benar memiliki ‘enthusiasm’ untuk membela rakyat kebanyakan, bukan kroni.

“Berusaha mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat dengan memastikan pengagihan sumber yang adil dan saksama kepada semua,” katanya.

Malah, jelas Ahmad Zahid, sebelum pengkelasan itu pun Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Penengah telah meningkat 105 peratus dari RM2,552 pada akhir 2007 kepada RM5,228 pada akhir 2016.

“Pendapatan penduduk luar bandar dibawah kerajaan BN bertambah 103% iaitu lebih tinggi dari kadar peningkatan 86% untuk penghuni dalam bandar.

“Dalam masa yang sama kos sara hidup masih berada pada paras yang stabil bersesuaian dengan kemampuan majoriti rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi BN itu berkata, sesudah PRU-14, jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini dilaporkan melebar pada 2019 buat kali pertama sejak 2014. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here