Siti Nurhaliza kongsi momen indah hari pertama Aafiyah masuk tadika

0
2

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, bekongsi detik indah hari pertama anak sulungnya, Siti Aafiyah, 3, ke sekolah tadika, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Siti berkata, anaknya itu juga teruja untuk hadir ke sekolah hari ini termasuk tidur awal semalam untuk persediaan hari pertama ke tadika.

“Alhamdullillah, hari ini hari pertama Aafiyah masuk ‘preschool’. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak ‘cranky’ pun.

“Bersiap cantik dan siap ‘pose’ lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah,” tulis Siti.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia turut berasa sebak dan terpaksa menahan daripada menangis ketika meninggalkan anaknya di sekolah, pagi tadi.

“Semangat betul dia nak ke sekolah, Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas dia terus masuk tak tengok belakang dah.

“Ayah ibu yang panggil minta salam, ibu nak nangis tapi tahan jek. Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati.

“(Selain) diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain. Amin Ya Rabb,” katanya.

Hantaran Siti itu dibanjiri komen peminat termasuk rakan artis yang mengucapkan selamat maju jaya kepada Aafiyah termasuk penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

Ramai juga yang merasakan terlalu cepat masa berlalu, kerana seakan baru lagi membaca berita Siti melahirkan puteri sulungnya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here