Terpalit kontroversi ‘wanita F’, Azri Iskandar digugurkan dari persembahan teater

0
2

PELAKON Azri Iskandar yang terpalit kontroversi masalah rumah tangganya mengakui disingkir daripada sebuah persembahan teater disebabkan fitnah daripada wanita dikenali sebagai ‘F’.

Bekas suami kepada pelakon, Ellie Suriaty itu memberitahu namanya digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk pada imej Tan Sri Elyas dan juga imej Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penganjur.

Perkara tersebut berlaku setelah tular pendedahan wanita ‘F’ yang mendakwa dipermainkan aktor itu.

“Saya juga digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL kerana mereka pun ingat berita fitnah tu betul. Mereka tak tanya saya langsung tapi terus buang,” katanya memetik Harian Metro.

Terdahulu, Azri mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip dan lirik dikenali sebagai Dr Azra Diera Abdul Hamid, 43.

Menurut Azri, disebabkan pendedahan berani wanita ‘F’, ibu kepada kekasihnya itu pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

“Mak Azra pengsan selepas tengok video temubual wanita itu. Sampai sekarang masih ditahan di hospital.

“Sedangkan mak dan ayah Azra menunggu masa saja saya bawa keluarga berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah berumur 70 tahun lebih,” katanya.

Susulan itu, Azri berkata dia tidak akan teragak-agak menyaman wanita ‘F’ dan portal yang menemubual wanita tersebut kerana menganggap tuduhan itu fitnah hingga menjejaskan namanya.

Sebelum ini, Azri dan Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here