Ramai puji makcik jual kuih cakoi petah cakap Kantonis

0
3

Ramai puji makcik jual kuih cakoi petah cakap Kantonis

KEFASIHAN seorang wanita Melayu bertutur dalam bahasa Kantonis dengan pelanggan di gerainya yang terletak di Karak, Pahang mendapat pujian ramai.

Dia yang merupakan penjual kuih cakoi di pekan itu kelihatan sibuk menguli adunan kuih, namun sempat berbual dengan pelanggan berbangsa Cina yang datang ke gerainya.

Video perbualan wanita itu dengan seorang pengguna TikTok, Shinichi Kee tular dan sehingga kini menerima lebih 300,000 tontonan.

“Makcik Melayu bercakap Kantonis dengan sempurna, jual cakoi di Karak,” tulis kenyataan video itu.

Menerusi terjemahan yang ditulis pengikut TikTok di ruangan komen, dalam video tersebut wanita itu juga memberitahu ada menonton siaran televisyen TVB, dari Hong Kong.

Tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen memuji kepetahan wanita itu berkomunikasi dalam bahasa Kantonis, dan dalam masa sama lincah menyediakan bahan jualan.

Netizen juga berpendapat video itu adalah tanda rakyat Malaysia adalah unik dan dapat hidup berbilang bangsa dalam satu rumpun.

“Bahasa Kantonis makcik ini lebih baik daripada saya. Bangga saya dengar,” kata Kenny.

“Ini adalah sebenarnya rakyat Malaysia. Kami perlukan lebih banyak content seperti ini. Sangat bagus melambangkan Keluarga Malaysia,” ujar Cekti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here