Tiba masanya perkenal petrol RON93 – Shahrir Samad 

0
2

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula petrol RON93 supaya pengguna ada pilihan petrol yang lebih murah dari RON95. 

Dengan langkah itu, kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, negara akan mempunyai tiga gred petrol iaitu RON97, RON95 dan RON93. 

“Pemilik motosikal boleh lagi berjimat. Petrol kita berkualiti tinggi, semuanya tanpa plumbum,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam. 

Harga runcit petrol RON97 berada di paras RM4.72 seliter manakala RON95 pula kekal pada harga RM2.05 seliter dalam tempoh hari ini sehingga 15 Jun. 

Harga runcit produk petroleum secara mingguan itu ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM). 

Shahrir berkata, pada tahun 2008 ketika dilantik menteri KPDNKK, tugas pertamanya ialah mengendalikan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia melambung naik. 

“Setelah dinaikkan harga petrol ke RM2.70 seliter, kerajaan juga memberi rebat apabila tuan punya kereta dan motosikal membayar cukai jalan. Rebat ini berbentuk pembayaran wang tunai sebagai subsidi bersasar kepada pemilik kenderaan. 

“Tambahan pula, diperkenalkan RON95 supaya pemilik kenderaan tidak perlu pakai RON97. Dan petrol RON 95 ada subsidi 30 sen seliter. 

“Sekarang, dah 14 tahun, sudah sampai masa untuk diperkenalkan semula petrol RON93 supaya pengguna ada pilihan petrol yang lebih murah dari RON95,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here