Kelayakan Piala Asia: Perkhidmatan LRT dilanjutkan

0
2

RAPIDKL mengumumkan akan melanjutkan perkhidmatan LRT esok sempena perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain malam esok.

Melalui ciapan di Twitter, RapidKL memaklumkan perkhidmat tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga selepas tengah malam.

“Tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada jam 12.03 tengah malam.

“(Sementara) tren terakhir menuju ke Putra Heights akan berlepas pada jam 12.44 tengah malam,” ciap RapidKL.

Dalam pada itu, RapidKL memaklumkan tren tambahan akan disediakan bagi membawa penumpang setelah selesai perlawanan.

“Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek; dan ke MRT Laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat.

“Ayuh kita ke Stadium Jom Sokong Skuad Harimau Malay,” katanya.

Lanjutan perkhidmatan LRT itu bagi memudahkan penyokong Harimau Malaya memenuhi stadium malam esok bagi memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Malaysia memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan rentak kemenangan selepas menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Kejayaan Bahrain menewaskan Bangladesh di ranking ke-188 dunia membolehkan pasukan itu meraih motivasi terbaik menjelang aksi kedua menentang Malaysia esok, di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here