Kes baharu Covid-19 kekal bawah 2,000

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

MALAYSIA merekodkan sebanyak 1,879 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini telah mencecah 4,520,852 kes.

Berdasarkan data laman COVIDNOW, sebanyak 1,399 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,463,070 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here