Tanding Kuala Selangor: ‘Bukan pada masa ini’ – Tengku Zafrul

0
2

MENTERI Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan beliau tidak memikirkan isu politik termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Tengku Zafrul berkata, beliau kini lebih cenderung memberi terhadap usaha pemulihan ekonomi negara dan berazam untuk fokus terhadap tugas sebagai Menteri Kewangan.

“Sekarang ini masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik. Isu yang sedang dihadapi (sekarang) dalam pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian mengulas mengenai khabar angin bahawa beliau menyasarkan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Umno.

Desas-desus itu hangat diperkatakan selepas Kuala Selangor dipilih sebagai ‘daerah angkat’ Kemneterian Kewangan selain Tengku Zafrul kerap turun ke kawasan itu.

Namun, ketika ditanya lebih lanjut hasrat beliau untuk bertanding, Tengku Zafrul berkata: “Bukan pada masa ini.”

Kerusi Parlimen Kuala Selangor kini disandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada Amanah, yang sebelum mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU15 kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda parti itu.

Sebelum ini, Malaysiapost melaporkan, khabar angin menyatakan Tengku Zafrul ‘mengintai’ kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk ditandingi dalam PRU15 semakin kuat.

Situasi itu bertambah jelas apabila Tengku Zafrul kini kerap menghadiri program bersama masyarakat serta ziarah di beberapa kawasan di Parlimen tersebut.

Menerusi beberapa hantaran di Facebooknya, Tengku Zafrul sering berkongsi aktiviti hujung minggu lalu di sekitar Jeram, Ijok serta beberapa kampung berhampiran pekan Kuala Selangor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here