Cepatkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pertanian – Salahuddin Ayub

0
2

KERAJAAN digesa mempercepatkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pertanian bagi memastikan harga sayuran dapat dikawal.

Gesaan itu dibuat Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang berpendapat langkah itu perlu disegerakan walaupun ada yang menyifatkan kenaikan harga sayur-sayuran adalah bersifat sementara.

“Saya menggesa pihak kerajaan untuk mempercepatkan inisiatif penggunaan teknologi dalam bidang pertanian dengan libat urus pemegang taruh seperti golongan petani, usahawan tani, badan pemikir seperti Khazanah Research Institute (KRI).

“Ia bagi memastikan penghasilan sayur tidak terjejas dan harga sayur terus dapat dikawal selain dapat merapatkan jurang pertanian moden,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, dalam lawatan dan tinjauannya ke pasar tempatan di Chow Kit, Kuala Lumpur pada hujung bulan lalu mendapati ada peniaga dan pembeli yang mengadu kenaikan harga sayuran yang juga semakin tinggi.

“Misalnya harga timun yang dulu boleh dibeli dengan harga RM3 sekilogram, kini naik kepada RM7 sekilogram.

“Julat kenaikan adalah sekitar RM2 hingga RM8 sekilogram,” katanya.

Dalam hantaranya itu, Salahuddin turut menyertakan pautan laporan harga terkini peringkat runcit komoditi harian mengikut negeri yang dikeluarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 4 Jun lalu.

Orang ramai boleh menyemak harga terkini barangan runcit komoditi menerusi laman sesawang https://sdvi2.fama.gov.my/price/direct/price/daily_commodityRpt.asp. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here