DAP selar hasrat jadikan Kuala Selangor ‘daerah angkat’ MOF

0
2

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menyelar tindakan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menggunakan kedudukannya untuk kepentingan politik.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, Tengku Zafrul tidak patut menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi kelebihan kepada dirinya untuk bertanding dalam sesuatu kawasan.

“Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen sejak 2008, saya tak pernah mendengar ada mana-mana kementerian mengamalkan pendekatan “daerah angkat”.

“Sesebuah kementerian perlu merangka dasar dan menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh negara dan bukan mana-mana satu kawasan tertentu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Tengku Zafrul, semalam yang menzahirkan hasratnya untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai ‘daerah angkat’ Kementerian Kewangan (MOF).

Menteri Kewangan itu turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

Anthony berkata, kelulusan untuk sesebuah stesen kereta api juga bukan di bawah bidang kuasanya sebagai Menteri Kewangan.

“Kelulusan untuk “railway scheme” adalah dibawah tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here