2 juta kenderaan berada di lebuh raya hari ini

0
2
lebuhraya

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah kenderaan bertambah sebanyak 2 juta hari ini sempena cuti Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong yang serentak dengan cuti sekolah.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, situasi itu akan menyebabkan masa perjalanan lebih lama untuk sampai ke destinasi.

Justeru itu, beliau menasihatkan pemandu berhati-hati, pada masa yang sama mematuhi peraturan lalu lintas memandangkan jumlah kenderaan yang tinggi di lebuh raya.

Zakaria turut menyarankan agar pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan bijak.

“Rancang perjalanan dengan aplikasi PLUS dan Waze atau Google Map,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zakaria turut menasihatkan agar pengguna memastikan baki Touch ‘n Go (TnG) mencukupi bagi mengelakkan kesesakan di lorong tol.

“Pengguna Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) disaran masuk dan keluar melalui lorong RFID,” katanya.

Zakaria turut mengingatkan agar pemandu rehat setiap dua jam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) berdekatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here