Harga ayam RM72 sekilogram di Singapura?

0
2

HARGA dan bekalan ayam mentah bukan sahaja menjadi isu di Malaysia, tetapi turut hangat diperkatakan di Singapura dengan terbaru tular ayam dijual di sebuah pasar raya di negara berkenaan mencecah harga S$72.27 atau RM231.

Gambar tanda harga ‘ayam kayangan’ yang diimport dari Malaysia ke negara jiran berkenaan tular di media sosial hingga pasar raya yang berkenaan, FairPrice tampil menjelaskan mengenainya baru-baru ini.

Pihak pasar raya FairPrice dalam satu kenyataan di laman Facebooknya menjelaskan bahawa label harga ayam itu adalah untuk ayam kampung organik dari kaunter pengeluar Swiss Butchery.

Menurut pasar raya terbabit, harga berkenaan adalah untuk jenis produk ayam tertentu yang tidak mewakili harga produk ayam biasa atau jenama pengeluar lain dan harga yang dipaparkan adalah bagi bungkusan dua ekor ayam, bukannya seekor.

“Kami menyedari tentang gambar yang dikongsi ramai dengan paparan label harga ‘SB Whole Chicken’ yang terdapat pada bungkusan produk Swiss Butchery.

“Produk ini berharga $22.50/kg (mengikut tarikh pembungkusan label pada 31 Mei 2022), dan label produk juga menunjukkan berat produk melebihi 3kg ($72.27) kerana dua ekor ayam dibungkus bersama,” jelas FairPrice.

Pasar raya itu berharap pencerahan itu dapat menjawab salah faham yang terjadi susulan perkara tersebut menjadi tular. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here