Teman lelaki wanita mati dibakar direman 7 hari

0
3
grafik

POLIS memberkas seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada wanita yang dibunuh dan dibakar kawasan tepi sungai di Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, Kuala Kangsar, Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek dipanggil polis pada Rabu lalu untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, perintah reman terhadap suspek yang berusia 20 tahun itu juga diperoleh selama tujuh hari bermula hari ini.

Ditanya sama ada suspek yang ditahan reman adalah teman lelaki mangsa, Mior Faridalathrash mengesahkan perkara berkenaan. 

“Ya,” katanya ringkas melalui pesanan di WhatsApp, lapor Berita Harian, hari ini. 

Mangsa dilaporkan mati dengan kesan objek tumpul di bahagian kepala serta parah akibat kebakaran berdasarkan hasil bedah siasat.

Susulan penemuan seketul batu konkrit yang mempunyai kesan darah berhampiran mayat wanita berusia 21 tahun itu, dipercayai digunakan bagi mencederakan kepalanya berikutan terdapat kesan luka bahagian kanan atas kepala mayat.

Identiti mayat wanita itu sebelum ini dikenal pasti susulan pengecaman oleh adik lelaki mangsa termasuk melalui pengecaman barangan seperti pakaian dan aksesori yang dipakai mangsa sewaktu ditemukan.

Polis memanggil suspek memberi keterangan pada Rabu lalu berhubung penemuan mayat wanita itu bagi membantu siasatan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here