Nelayan lemas, rakan belum ditemui

0
2

SEORANG nelayan ditemui lemas hari ini manakala rakannya masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, Johor, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan mengenai dua nelayan warga tempatan, dipercayai tidak pulang setelah keluar menangkap ikan petang semalam.

Susulan itu, beliau berkata, Op Carilamat diaktifkan pada jam 10.30 pagi tadi.

“Ia melibatkan tujuh aset daripada Zon Maritim Batu Pahat, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Nurul Hizam berkata, seorang mangsa Mohd Khalid, 60, dipercayai salah satu individu yang hilang telah ditemui lemas.

“Mayat mangsa dijumpai di kedudukan 3.2 batu nautika muara Sungai Pontian Besar, pada jam 12.45 tengah hari tadi.

“Manakala seorang lagi mangsa Abu Bakar, 56 masih tidak ditemui,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here