Pemain bola didakwa rogol remaja bebas dengan jaminan polis

0
3

PEMAIN bola sepak yang ditahan berkaitan kes merogol seorang remaja Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek berusia 28 tahun itu dibebaskan dengan jaminan pada jam 2.30 petang tadi.

“Kita dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan, Insya-Allah akan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak di Kelantan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu malam Ahad lalu, selepas polis menerima laporan dibuat mangsa berusia 18 tahun.

Mangsa yang juga jurujual kain dan tudung mendakwa berada di rumahnya di sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada jam 12.30 tengah hari Ahad lalu sebelum dirogol.

Suspek direman empat hari bermula 30 Mei hingga 2 Jun sebelum disambung reman sehari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here