Demi mu sahabat!

0
2

SEORANG lelaki sanggup membatalkan semua kerja dan mesyuarat untuk terbang ke Kelantan demi menghantar sahabat baiknya yang menghidap angin ahmar, mendapatkan rawatan di hospital.

Perkongsian menerusi hantaran video oleh pengguna akaun Facebook, Hafiz Mahamad itu menyentuh hati warganet.

Sehingga jam 10 malam ini, perkongsian itu meraih lebih 60,000 tanda suka, hampir 10,000 komen, lebih 20,000 perkongsian serta lebih sejuta tontonan.

Katanya, sahabatnya itu yang dikenali sebagai Loh diserang angin ahmar disebabkan kerja kuat selama 10 tahun, dari 8.30 pagi hingga 11 malam setiap hari semata-mata membuat kerja lebih masa untuk mendapat RM2,000 sebulan.

Menurut Hafiz, pada mulanya dia tidak tahu sahabatnya diserang angin ahmar, sebaliknya diberitahu hanya demam dan sakit kaki.

“Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je (saja). Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit.

“Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung.

“Saya call semalam, dia kata dah tak tahan. Then saya decide pagi ini untuk terus fly Kelantan.

“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender (seluar dalam), baju dan angkat dia ke hospital,” tulis Hafiz.

Hafiz turut mengimbau kenangan bersama sahabatnya itu ketika kanak-kanak apabila selalu mandi sungai bersama.

“Ingat lagi bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap.

“Siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yang susah”…. Alhamdulillah Allah bagi saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni.

“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku dan kita berjuang sama sama. terus sihat Loh!,” katanya. – Malaysiapost