PRU15: ‘Fahami betul-betul maksud ‘bersedia’ yang dinyatakan PM’ – Shahidan

0
2

DATUK Seri Shahidan Kassim mengakui beliau menerima keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa bagi memberi laluan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, definisi ‘bersedia’ yang dinyatakan Perdana Menteri itu mesti difahami betul-betul maksudnya iaitu telah bersedia untuk menang pilihan raya.

“PM kata bila dah bersedia dan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan PM telah beritahu dia tidak akan menangguh (pilihan raya) walaupun sekejap kalau kita dah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Bersedia ni bermaksudnya kita pergi pilihan raya kita menang. Saya tiada masalah dan mematuhi keputusan yang dibuat,” katanya kepada Malaysiapost, malam tadi.

Semalam, berucap di Konvensyen dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional (BN) ke-48, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak akan melewatkan walau sesaat bagi mengadakan PRU15 jika Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga.

Justeru, Ismail Sabri berkata, beliau akan membincangkan bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi memutuskan tarikh PRU15.

“Kalau BN sudah bersiap sedia saya tak akan melewatkan sesaat pun PRU-15 seperti dipersetujui sebelum ini dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu, PRU-15 akan dibincangkan bersama lima pimpinan (Top five) tertinggi.

“Jadi, saya setuju untuk berbincang dengan pimpinan BN untuk menentukan tarikh,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here