Malaysia terlepas Piala Asia 2022, tewas kepada Korea

0
2

PASUKAN hoki lelaki Malaysia terpaksa akur apabila tewas 2-1 kepada Korea Selatan dalam aksi Final Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia terlepas peluang meraih gelaran juara Piala Asia buat kali pertama dan mengulangi pencapaian edisi 2017 di Dhaka, Bangladesh apabila turut muncul naib juara.

Pada aksi permulaan, Korea Selatan terlebih dahulu di depan menerusi gol padang yang disudahkan Jung Manjae pada minit ke-17.

Bagaimanapun, skuad negara tidak menunggu lama untuk kembali bangkit menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan meledak gol padang pada minit ke-25 sekali gus mengikat kedudukan 1-1.

Namun, pada minit ke-52, pemain Korea, Hwang Taeil berjaya meledak jaringan kedua, memastikan kemenangan buat negara itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here