Nilam Oshman
MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaaan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengisytiharkan Jumaat ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’ di Selangor bermula 5 Oktober 2020.
MKN menerusi kenyataan hari ini menegaskan, maklumat tular di media sosial itu adalah palsu.
MKN turut meminta orang ramai tidak berkongsi atau menular berita palsu berkenaan.

Tengah hari tadi, MKN juga telah menafikan satu dakwaan mengatakan Malaysia dijangka berdepan kluster ‘super spreader’ atau perebak utama jangkitan Covid-19.
Penyebar maklumat turut mendakwa kanak-kanak dan warga emas tidak dibenarkan makan di kedai serta berkunjung ke pusat beli-belah. – Malaysiapost

