9,000 pekerja Shell hilang kerja

0
4

SERAMAI 9,000 pekerja Royal Dutch Shell Plc (Shell) dijangka diberhentikan akibat kejatuhan harga minyak.

Ia berikutan, usaha gergasi minyak dan gas itu untuk penjimatan kos berbilion dolar serta menyusun semula perniagaannya bagi meneroka sektor tenaga bersih.

Langkah berkenaan menunjukkan cabaran yang dihadapi firma utama minyak dan gas dunia ketika pandemik Covid-19 dan sebahagian peserta industri percaya era pertumbuhan permintaan sudah pun berakhir.

Ketika krisis, menyebabkan peralihan kepada tenaga karbon rendah, syarikat minyak dunia mengurangkan pekerja, melaksanakan hapus kira berbilion dolar dan mengecilkan dividen.

Sebanyak 7,000 hingga 9,000 pekerja Shell akan kehilangan pekerjaan menjelang akhir 2022 atau 11 peratus daripada tenaga kerjanya.

Jumlah itu termasuk 1,500 pekerja yang mengambil pakej pertindihan sukarela tahun ini, kata syarikat itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shell, Ben van Beurden berkata, dia menjangkakan penjimatan kos tahunan antara AS$2 bilion hingga AS$2.5 bilion menjelang tahun itu.

“Kami perlu menjadi organisasi lebih ringkas, seragam dan kompetitif,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, di beberapa tempat, mereka mempunyai terlalu banyak lapisan dalam syarikat, terlalu banyak peringkat antara saya, sebagai CEO dan pengendali serta juruteknik di beberapa lokasi. – Malaysiapost