Sultan Ibrahim memperingati tahun kemangkatan Almarhum bonda

0
3

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperingati ulang tahun ke-4 kemangkatan bonda baginda, Almarhum Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, esok.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, disertakan foto dan ucapan Al-Fatihah termasuk tarikh lahir dan kemangkatan Almarhum.

Bonda Sultan Johor, mangkat di London, pada 1 Jun 2018, ketika berusia 83 tahun.

Almarhum dilaporkan mangkat disebabkan sakit tua.

Almarhum dilahirkan pada 2 Disember 1935 di Cornwall, England, dan telah memeluk agama Islam bagi mendirikan rumahtangga dengan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail.

Mereka dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here