Isteri Caprice terkena sihir?

0
3

PENYANYI rap, Caprice, 34, kesal masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan isterinya, Farra Inalis, 27, sehingga jatuh sakit dipercayai kerana mengalami gangguan tertentu.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia sudah mencuba beberapa kali rawatan secara alternatif untuk merawat isterinya namun masih belum berjaya.

“Sebelum ini, saya fikir, selepas kahwin, tentu ujian akan lagi berkurangan. Di sebalik semua senyuman, filters dan video-video yang dipaparkan. Sebenarnya, sejak tujuh bulan lalu, saya melalui banyak benda baru yang kita kena uruskan.

“Kali ini kita cuba bantu isteri pula. Dah berapa kali ustaz datang berubat dia. Selain itu, baru-baru ini, ada pula tiga orang lain yang berani menghubungi dia di telefon di tengah malam dan ganggu.

“Saya cuma nak tahu, kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri saya?” katanya menerusi hantaran di Instagram malam tadi.

Dalam hantaran sama, menerusi rakaman video, Caprice dilihat memegang tangan isterinya yang sedang tidur sambil memasang alunan ayat al-Quran dan ruqyah bertujuan sebagai penenang dan usaha penawar gangguan jin dan sihir.

Dalam pada itu, Caprice turut meluahkan dirinya begitu penat untuk melayan gangguan-gangguan yang menimpa mereka.

“Terus-terang, saya sudah sangat penat. Nak hadam bisnes dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Lepas itu, sambung dengan benda bukan-bukan sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Saya perlukan bantuan,” katanya.

Baru-baru ini, Caprice juga ada berkongsi mengenai seorang lelaki bernama ‘Najib’ yang berani menganggu isterinya menerusi kiriman mesej di aplikasi Whatsapp. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here