Malaysia sudah terpesong dari prinsip pembinaan negara, bangsa – Kit Siang

0
2

MALAYSIA sudah jauh terpesong dalam usaha membina negara bangsa, serta perlu segera kembali kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam, menggugurkan saman Ikatan Guru-guru Muslimin Malaysia (I-Guru) untuk mengisytiharkan sekolah rendah Cina dan Tamil sebagai tidak sah, adalah isyarat jelas untuk negara kembali kepada Perlembagaan.

“Malaysia memperbetulkan hala tuju negara kita dalam setengah abad yang lepas dan kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa yang dipersetujui oleh bapa penubuhan negara.

“Ia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara jika kita tidak mahu menjadi sebuah negara gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, Malaysia perlu kembali kepada monarki berperlembagaan, demokrasi berparlimen, kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa, tadbir urus yang baik, atau Malaysia sebagai sebuah negara dengan masyarakat majmuk.

“Tiga Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein, pastinya akan terkejut melihat negara kita telah dari prinsip pembinaan negara bangsa.

“Sehinggakan ada Menteri Kabinet yang tidak menerima prinsip-prinsip Rukun Negara dan ada pemimpin yang bangga Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah kleptokrasi.

“Malah, perkara ini patut menjadi perjuangan kita dalam Pilihan Raya Umum ke15 yang akan diadakan dalam masa setahun dari sekarang,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, beliau sekali lagi merayu Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menarik semula rayuan mengenai keputusan sekolah rendah Cina dan Tamil berkenaan.

“Sebaliknya, saya berharap mereka dapat memainkan peranan untuk menetapkan semula dan mencapai potensi Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

“Termasuk dari segi daya saing global, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, memerangi rasuah, dan mempunyai sebuah kerajaan yang cekap dan berkesan,” katanya.

Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan dan Roslan dalam penghakimannya berkata, kewujudan sekolah vernakular mesti dibaca dalam konteks sejarah.

Peguam, T Gunaseelan, yang mewakili Majlis Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil sebagai pencelah berkata, berkata hakim tidak memerintahkan kos kerana ia adalah isu berkepentingan awam.

I-Guru itu menerusi Mohd Azizee memfailkan saman terbabit tahun lalu bagi mencabar Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan.

Pada 30 Disember 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menolak saman sama yang difailkan oleh GPMS, MAPPIM dan GAPENA. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here