PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai kepada ahli Keluarga Malaysia kaum Dayak di Sarawak.
Beliau menyeru agar peluang yang diperoleh dalam sambutan perayaan kali ini diambil untuk mengunjungi sanak saudara selepas dua tahun tidak dapat menyambutnya susulan pandemik Covid-19.
“Saya pasti Hari Gawai pada tahun ini kembali diraikan dalam suasana meriah setelah dua tahun dikekang oleh Covid-19.
“Ambillah peluang ini untuk kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengabaikan keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Ismail Sabri berharap semoga semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi budaya dan amalan hidup kita memantapkan lagi semangat Keluarga Malaysia.
“Gayu Guru Gerai Nyamai,” ucapnya. – Malaysiapost

