Najib persoal anak syarikat Sapura Energy jual kapal RM312 juta

0
3

DATUK Seri Najib Razak mempersoalkan keputusan Sapura 3000 Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, untuk penjualan kapalnya, dikenali sebagai Sapura 3000, dengan nilai USD71.50 juta (RM312 juta).

Bekas Perdana Menteri itu berkata penjualan kapal tersebut akan menyebabkan lebih banyak aset milik negara dimiliki syarikat asing.

“Juallah. Jatuh ke tangan asing. Berapa banyak aset lagi nak jual?,” soalnya ringkas menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Semalam Sapura 3000 Pte Ltd memeterai memorandum perjanjian (MoA) untuk penjualan Sapura 3000, dengan nilai USD71.50 juta (RM312 juta).

MOA itu untuk menjual kapal pasang paip dan kren yang ditandatangani pada Jumaat lepas dengan Safeen Feeder Company – Sole Proprietorship LLC, sebuah syarikat dalam Abu Dhabi Ports Group.

“Harga kapal itu berdasarkan kesediaan pembeli dan penjual, selepas menjalankan proses permintaan untuk cadangan antarabangsa.

“Cadangan langkah penjualan aset itu merupakan sebahagian daripada pelan tetapan semula kumpulan, yang memberi tumpuan kepada kemampanan jangka panjang Sapura Energy dengan meningkatkan kedudukan kecairannya, menyelaraskan model operasinya dan menyediakan lebih fleksibiliti untuk pertumbuhan strategik,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here