PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani empat pemain baharu pada jendela perpindahan pertengahan musim ketika ini.
Tempoh pendaftaran kedua Liga Malaysia 2022 telah dibuka bermula 28 Mei hingga 24 Jun ini.
Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, kemasukan empat pemain baharu itu bakal menambah lagi kekuatan pasukan itu bagi menghadapi saingan musim ini.
“Dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan akan menyertai skuad dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan dimuatnaik di Facebook rasmi kelab itu.
Ketika ini JDT berada di landasan tepat untuk meraih kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.
Skuad Harimau Selatan kini menerajui takhta liga dengan mengumpul 16 mata setelah mengharungi enam perlawanan.
Barisan anak didik Benjamin Mora turut berada di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia. – Malaysiapost
Kredit foto : FB Johor Southern Tigers

