Depan sokong PM, belakang senyap-senyap kumpul sokongan – Najib 

0
2

DATUK Seri Najib Razak membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin jika benar Presiden Bersatu itu kini merancang kembali menjadi Perdana Menteri, seperti didakwa Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Ini kerana menurut Najib, Muhyiddin telah menyatakan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, begitu juga Pakatan Harapan (PH) dengan menandatangani memorandum persefaham (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. 

“Depan, PH sign (tandatangan) MoU untuk sokong kerajaan Ismail Sabri. Depan, PPBM (Bersatu) kata sokong kerajaan Ismail Sabri. 

“Belakang pula, mereka senyap-senyap kumpul sokongan ahli Parlimen untuk tumbangkan PM Ismail. 

“Jika sudah ada sokongan 119 ahli Parlimen maka dia patut tekan butang dengan segera. Malu apa, Abah kau?,” soal Najib menerusi hantaran di Facebooknya. 

Terdahulu Mohd Shafie mendakwa dihubungi Muhyiddin dua bulan lalu bertujuan mendapatkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula. 

Ahli Parlimen Semporna itu mendakwa, Muhyiddin memberitahu telah mendapat sokongan 119 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota. 

Memetik laporan The Star, Mohs Shafie mendedahkan, Presiden Bersatu itu mendakwa telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokongnya. 

“Saya beritahu dia (Muhyiddin) jika kamu mempunyai nombor, kamu teruskan, saya tidak akan mengikut kamu,” katanya kepada orang ramai di Libaran, Sabah semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here