4 Ahli Parlimen Pejuang tak pernah lompat parti

0
2

PARTI Pejuang Tanahair (Pejuang) menafikan empat wakil rakyat parti itu bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman antara 40 Ahli Parlimen yang melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih empat tahun lalu.

Empat Ahli Parlimen itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Wira Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) serta Datuk Dr Shahruddin Salleh (Sri Gading).

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Husamuddin berkata beliau ingin menegur bahawa fakta yang sering diputar-belitkan oleh media massa bahawa kesemua mereka bersama Syed Saddiq telah melompat parti.

Sebaliknya beliau menegaskan kelima-limanya dipecat daripada Bersatu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah tidak bersetuju untuk parti itu keluar Pakatan Harapan (PH).

“Sewaktu mereka berlima dipecat oleh Muhyiddin, belum pun wujud Parti Pejuang untuk dilompat.

“Parti ini hanya didaftarkan pada 8 Julai 2021 oleh Pejabat Pertubuhan Pendaftar (ROS), 17 bulan selepas kejatuhan kerajaan PH. Jadi tidak timbul soal lompat parti daripada Bersatu kepada Pejuang.

“Sebaliknya Muhyiddin membuat keputusan melompat keluar daripada koalisi, tidak tersenarai daripada ahli-ahli Parlimen yang lompat parti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah media tempatan yang mengaitkan lima wakil rakyat tersebut antara 40 Ahli Parlimen yang telah melompat parti sejak PRU14.

BACA LAGI: Syed Saddiq ‘panas hati’ dilabel antara Ahli Parlimen lompat parti

Mengulas lanjut, Pejuang menyahut seruan murni media yang membantu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Akta Anti Lompat Parti supaya ia dapat menjamin mandat rakyat untuk tidak dikhianati sekali lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here