‘Teman wanita’ Syafi Tee mengaku seorang mak nyah?

0
2

SEJAK beberapa hari lalu gempar kisah pelakon Syafi Tee yang didakwa berpelukan mesra dan bercium dengan seorang wanita selepas foto mereka tular di laman TikTok.

Lebih panas apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan wanita yang dipercayai teman wanita Syafi itu sebenarnya seorang mak nyah atau transgender.

Pemilik akaun itu juga memuat naik satu tangkap layar yang didakwa akaun Instagram milik ‘wanita’ terbabit.

Turut dipaparkan menerusi ruangan bio akaun wanita itu mengaku bahawa dirinya adalah transgender dan turut memaparkan emoji bendera pelangi, simbolik golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Sebelum ini, bapa Syafi, yang merupakan pendakwah terkenal Ridhuan Tee tampil menjawab mengenai kontroversi yang melanda anaknya itu.

Beliau turut mengakui dirinya tidak sempurna, meskipun telah memberi didikan yang terbaik untuk anak-anak.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pelakon Misteri Mona itu mengenai kontroversi yang turut mencemarkan imej bapanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here