Wujud rasuah dalam sektor perkhidmatan kesihatan ketika pandemik 

0
2
PUTRAJAYA, 21 Jun -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM akan menubuh satu pasukan khas bagi menyiasat semua aset-aset luar negara yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHAR.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah (SPRM) mendedahkan terdapat unsur rasuah dalam beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan ketika wabak Covid-19 melanda negara. 

Perkara itu didedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang berkata, pihaknya telah membuka beberapa siasatan terhadap perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan.

Menurutnya, siasatan turut membabitkan penipuan yang berkaitan pembelian peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan seperti pelitup muka, sarung tangan dan alat perubatan lain berdasarkan kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah. 

Katanya, wujud unsur rasuah melibatkan pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perbuatan itu menunjukkan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai.

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian perubatan peralatan atau perubatan melalui tabung kecemasan.

“Namun sangat menyedihkan, walaupun pandemik dan negara dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian ini terpalit dengan rasuah.

“Ini menunjukkan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia kali ketiga yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Azam menjelaskan, SPRM membuka sebanyak 829 kertas siasatan pada 2021, yang membawa kepada 851 tangkapan, membabitkan semua jenis rasuah, pengubahan wang haram dan kesalahan bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pada suku pertama 2022, 376 kertas siasatan telah dibuka yang mengakibatkan 415 tangkapan. 

“Nilai aset dirampas adalah sebanyak RM162 juta manakala RM5.13 bilion dilucut hak,” katanya.

Beliau berkata, SPRM akan terus mempergiatkan fungsi suruhanjaya untuk membanteras aktiviti rasuah dan penyelewengan malah akan mencari pelbagai cara untuk memerangi rasuah yang kini semakin rumit kerana tipoligi dan modus operandi dipertingkatkan.

“Sebagai contoh, sebelum ini SPRM perlu mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen untuk menumpaskan sindiket yang menggodam sistem imigresen bagi mengeluarkan pas untuk pelawat dan pekerja sementara palsu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here