Caprice beri 24 jam pada ‘Najib’ datang bersemuka

0
2

PENYANYI rap Caprice mendedahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Najib’ mengganggu isterinya menerusi pesanan mesej di aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

Dalam hantaran video di Instagram, Caprice menunjukkan bukti kiriman mesej yang diterima isterinya, Farra Inalis.

“Elis. I like your selfie.’ (Elis. Saya suka gambar selfie kamu),” tulis individu itu.

Mengulas perkara tersebut, Caprice menegaskan lelaki itu sudah melampaui batas kerana mengganggu rumah tangganya.

“Pertama kali, saya tak kisah kalau orang Malaysia benci saya. Tetapi apabila awak mula kacau isteri atau anak saya, awak dah cross the line between my personal life. Saya akan mula fikir keselamatan isteri dan anak saya.

“Kali pertama awak mesej, kami fikir awak gila. Kami bagi amaran saja dan fikir mamat ini tak akan kacau lagi. Tapi salah, hari ini juga dia mesej isteri saya. Jangan main gila terutama keluarga,” katanya dalam video itu.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berkongsi gambar profil WhatsApp lelaki itu serta nombor telefonnya kepada umum.

Dalam pada itu, Caprice memberi tempoh masa 24 jam untuk lelaki terbabit datang bersemuka dan membuat permohonan maaf secara empat mata.

“Najib! Awak ada masa 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan,” ujarnya.

Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra yang berasal dari Kelantan, November tahun lalu.

Sebelum ini, Farra berusia 26 tahun merupakan ibu tunggal kepada cahaya mata perempuan dikenali sebagai Aleesya Sofea.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here