Mansuh AP bahan makanan buka peluang bagi peniaga, usahawan

0
2

PENIAGA dan usahawan perlu memanfaatkan pemansuhan lesen import (AP) terhadap bahan makanan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini kerana ia boleh memutuskan rantaian orang tengah.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pemansuhan AP memberi peluang kepada penggiat industri berurusan terus dengan negara pengimport.

“Dengan pemansuhan ini kita (usahawan dan peniaga) boleh bertebaran di seluruh dunia, di mana-mana sahaja tetapi dalam kategori yang sama.

“Peniaga yang sebelum ini bergantung harap kepada pemilik AP boleh terus ke pasaraya besar.

“(AP) sudah tidak menjadi isu kerana boleh menambah sedikit pendapatan kepada penjualan produk kerana kita import terus daripada negara asal,” katanya hari ini.

Sohaimi bagaimanapun mencadangkan agar garis panduan jelas mengenai perkara itu diwujudkan bagi mengelakkan timbul isu lain.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemansuhan AP terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet 18 Mei lalu sebagai langkah penting dalam menjamin keselamatan makanan di negara.

Ujarnya, dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini tidak terhad kepada pihak tertentu sahaja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here