Covid-19: 2,124 kes baharu, 3 kematian semalam

0
2

SEBANYAK 2,124 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, semalam.

Bagaimanapun menurut laman web Covidnow, jumlah kes Covid-19 yang masih aktif menurun sebanyak 182 kes menjadikan 29,789 kes aktif setakat ini.

Seramai 28,569 pesakit Covid-19 sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, manakala 20 pesakit menjalani rawatan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, 13 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 22 pesakit menerima bantuan alat pernafasan.

Malaysia juga merekodkan sebanyak tiga kes kematian semalam dan dua daripadanya mati adalah ‘brought in dead’ atau kematian di luar hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here