DBKL kaji kecerahan lampu dekorasi

0
3

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji tahap kecerahan lampu jalan di beberapa lokasi di pusat bandar raya.

Ia bagi memastikan lampu-lampu dekorasi sepanjang jalan yang terlibat lebih menyerlah serta dapat mengurangkan pengeluaran karbon berlebihan.

Untuk tujuan itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah malam tadi meninjau pencahayaan lampu jalan di sekitar Jalan Bukit Bintang.

“Sesi turun padang ini bertujuan untuk mengkaji tahap kecerahan lampu jalan yang optimum dan memastikan lampu dekorasi sepanjang jalan tersebut lebih menyerlah serta dapat mengurangkan pengeluaran karbon berlebihan.

“Ia selaras dengan matlamat DBKL bagi menjadikan Kuala Lumpur Bebas Karbon pada tahun 2050,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here