Ebit Lew cari madrasah untuk remaja kurang mampu

0
3

Nurul Huda Abhar

PENDAKWAH bebas dan usahawan, Ebit Lew sedang mencari madrasah untuk menghantar dua remaja yang dibantunya baru-baru ini, berikutan mereka berdua sudah lama tidak bersekolah.

Menurut Ebit, remaja berumur 11 dan 12 tahun itu memaklumkan memang berhasrat untuk bersekolah kerana ingin membalas jasa ibunya suatu hari nanti.

“Kejut mula-mula tak nak bangun. Penat sebab lewat tidur. Saya tanya adik nak sekolah. Nak ustaz. Yang 11 tahun tu semangat sangat. Boring duduk rumah. Nak belajar nanti nak jaga mak.

“Ya Allah baiknya. Dia tak sabar nak sekolah. Jom siap-siap mandi. Dengar kata mereka nak sekolah buat hati saya sedih sangat.

“Ustaz nak cari sekolah madrasah untuk awak. Sedih rasa. Kecil-kecil baik-baik saja, Doakan ya tengah cari sekolah sesuai untuk mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sambil memuat naik foto remaja berkenaan, beliau mengakui sedih melihat mereka, sekali gus teringat kepada anak-anaknya.

Ebit berkata bantuan kepada ibu dan dua remaja itu telah dihulurkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan baru bermula, beberapa bulan lalu.

”Tengok terbaring adik kecil ni. Teringat anak dekat rumah. Seorang umur 11 tahun dan seorang lagi 12 tahun. Dah lama tak bersekolah. Dua-dua ada ic (kad pengenalan).

“Hari tu tinggal dalam semak samun dari kecil. Macam hutan saja. Tiada tandas. Masa awal PKP saya pindahkan adik beradik ni dengan maknya ke rumah sewa selesa dan cantik dan bayar sewa semua.”

Ebit juga dikenali apabila sering memuat naik aktiviti sering membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira agama.

Beliau juga membantu golongan transgender dengan menyantuni mereka secara baik dan memberi sokongan moral kepada golongan itu. – Malaysiapost