‘Aku tak nak jadi pengkhianat’ – Tajuddin

0
2

Najamuddin Mohd Nor

“APA sahaja kehendak majoriti parti, saya akan sokong,” kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, jika parti melakukan tindakan yang baik dan mendapat sokongan oleh ahli-ahli parti, tiada apa perlu dipertikaikan lagi.

“Kita ikut parti, kalau semua orang kata ok nak sokong, kita sokonglah… Buat apa kita nak menentang pulak.

“Nanti kalau kita kata apa yang majoriti nak, dikatakan pengkhianat pulak. Aku tak nak jadi pengkhianat,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditemui di PWTC ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khas mahu bermula sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan menyokong usul pindaan perlembagaan Umno bagi membenarkan pemilihan parti itu diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Umno sepatutnya perlu mengadakan pemilihan partinya yang tertangguh sejak Julai 2021 kerana pandemik Covid-19.

Namun, Umno mahu pemilihan itu diadakan selepas PRU15 untuk mengelak berlakunya perpecahan di kalangan ahli parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here