Generasi Pemuda BangkitKembali bakal warisi kepimpinan Umno’ – Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau menggunakan pendekatan ‘Halaqah Ilmu Pemuda’ sebagai medan wahana muhasabah kepada pemimpin dan ahli sayap parti itu.

Beliau berkata, pendekatan itu amat sinonim dengan gerakan awal agenda Pemuda #BangkitKembali selepas kekalahan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Halaqah ilmu Pemuda amat sinonim dengan gerakan awal agenda Pemuda #BangkitKembali sejurus saya diberikan amanah menerajui Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada Julai 2018.

“Inilah medan dan wahana muhasabah di samping mencanai idealisme, roh dan jiwa perjuangan hakiki berteraskan suluhan ilmu dan wahyu Ilahi, setelah Umno ditakdirkan hilang kuasa tatkala tewas dalam PRU14,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, beliau berharap generasi Pemuda #BangkitKembali inilah yang bakal mewarisi kepemimpinan wadah Umno masa depan dengan jati diri yang jernih serta integriti tinggi.

“Malam tadi sempat berhalaqah ringkas selepas Maghrib dengan barisan kepimpinan Pemuda Perak dan Pulau Pinang yang berkunjung ke teratak saya untuk membuat kejutan meraikan hari kelahiran saya.

“Moga-moga generasi pemuda #BangkitKembali inilah yang bakal mewarisi kepemimpinan wadah UMNO masa depan dengan jati diri yang jernih, integriti yang tinggi dan nilai-nilai akhlak yang terpuji.

“Ia sekali gus mengembalikan Umno ke persada perjuangan memartabatkan agenda Agama, Bangsa dan Tanahair dengan lebih bermakna dan diredhaiNya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here