‘Bomba tak buat audit forensik sebelum selamatkan penghuni rumah terbakar’

0
2

DATUK Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak pernah menolak audit forensik ke atas Sapura Energy Bhd seperti disarankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Permodalan Nasional Bhd (PNB) sendiri tidak pernah membuat audit forensik sebelum mereka menyuntik wang berbilion ringgit ke dalam Sapura.

Ia bertujuan untuk menjadi pemegang saham terbesar Sapura pada tahun 2019.

Menurut Najib usaha menyelamatkan Sapura dengan audit forensik boleh dibuat secara serentak.

“Biasanya, bomba tak buat audit forensik sebelum menyelamat penghuni dalam rumah terbakar.

“Kita selamatkan mereka dulu. Selepas diselamatkan dan api dipadam, baru kita buat forensik untuk ketahui kenapa rumah terbakar.

Dalam sesi debat berhubung isu Sapura malam tadi, Anwar mengesyorkan kepada kerajaan supaya menjalankan audit forensik terhadap syarikat itu yang sedang mengharungi tempoh getir susulan kemelut hutang.

Menurutnya ia adalah langkah bagi mengambil tindakan terhadap individu yang menyebabkan masalah dalam syarikat itu.

Sementara itu Najib turut melahirkan rasa kagum dengan reaksi penganalisis politik, Dr James Chin dengan Boo Su-Lyn yang menyatakan beliau ‘menang’ dalam debat bersama Anwar malam tadi.

“Ini (Chin dan Su-Lyn) biasanya pengkritik saya. Sebab itu saya agak kagum dengan komen-komen mereka berhubung debat semalam,” katanya.

Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania dilaporkan berkata dalam debat berkenaan Najib lebih optimis, yang berpandangan segala-galanya boleh diubah.

Anwar pula menurutnya lebih menekankan audit forensik, mencari salah siapa punca Sapura rugi.

“Tetapi Anwar tak tawarkan penyelesaian. Najib nampak lebih optimis tentang masa depan, bercakap dengan yakin.

“Jadi kalau tanya pendapat awam siapa yang menang, saya katakan Najib,” kata Chin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here