DATUK Seri Najib Razak menyifatkan debatnya malam tadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang bersejarah.
Bekas Perdana Menteri itu berkata debat yang disampaikan beliau adalah fakta bersama halatuju dan visi negara.
“Satu malam yang bersejarah. Fakta. Halatuju. Visi. Debat dan perkongsian yang jelas untuk semua.
“Salam persaudaraan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihaknya.
“Semoga kita dapat terus berusaha bersama-sama meningkatkan Malaysia ke tahap yang lebih baik lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sejurus berakhir debat tersebut.
Debat itu berlangsung kira-kira sejam setengah di ibu negara yang disiarkan secara langsung di platform media sosial. – Malaysiapost

